Monday, December 17, 2007

PPI-KU

Assalamualaikum WBT

PPI-KU merupakan singkatan nama bagi Persatuan Pelajar Islam Kolej UNITI. PPI-KU telah didaftarkan dibawah AUKU Kolej UNITI iaitu Akta Universiti Dan Kolej Universiti sebagai sebuah persatuan di Kolej UNITI pada hari khamis 31 Januari 2008.

PPI-KU bukanlah sebuah pertubuhan yang baru. Ianya telah wujud sejak Kolej UNITI ditubuhkan. Sebelum ini PPI-KU bergerak di Kolej UNITI secara underground yakni tidak di daftarkan di bawah AUKU Kolej UNiti dengan menggunakan gelaran " Seketeriat DPI ".

Penubuhan PPI-KU adalah bermatlamatkan untuk mewujudkan semula suasana Islam yang sebenar di kolej UNITI yang telah lama hilang.