Wednesday, May 14, 2008

Zikrul Maut

ZIKRUL MAUT


Zikrul maut atau ingat akan mati adalah merupakan suatu sifat yang terpuji,kerana ianya akan dapat mendorong seseorang untuk berbuat amal kebajikan sebanyak-banyaknya,baik merupakan ibadah mahupun mu’malah.Bagi seseorang yang selalu mengingati mati,ia akan sentiasa ingat dengan firman Allah yang mengatakan; terangkanlah kepada mereka tentang maut yang selalu mereka berusaha untuk menyingkirkannya,akan tetapi maut itu tetap akan datang mendapatinya.Ia juga ingat akan sabda Rasulullah yang mengatakan; perbanyaklah engkau mengingati mati,yang akan memutuskan kamu dari kesenangan dunia.Tiap orang yang teringat akan mati,akan diperluas nikmat hidupnya,sebaliknya orang yang tidak teringat akan mati,akan dipersempit nikmat hidupnya.

Pada suatu hari Siti Aishah bertanya kepada Rasulullah:”Apakah ada orang lain dikumpulkan bersama dengan para Syuhada’ pada hari kiamat?” Rasulullah menjawab:”Ada,iaitu mereka yang selalu mengingati mati setiap malam sebanyak dua puluh kali.”

Rasulullah S.A.W menganggap bahawa cukuplah kematian itu menjadi pengajaran bagi manusia dan berkata:”Aku tinggalkan kepadamu dua nasihat,yang satu secara diam dan yang satu lagi berbicara.Juru nasihat yang diam ialah maut,dan juru nasihat yang berbicara itu adalah al-Quran.”Bagi orang yang bijaksana kematian ituakan mendorongnya untuk meninggalkan dunia dan menambah tertarik hatinya kepada akhirat.

Imam Ghazali mengatakan,bahawa orang arif yang sempurna,yang selalu ingat kepada Tuhannya,tidak perlu lagi ia mengingati mati kerana ia sudah fana dalam tauhid,yang tidak dapat melupakan ia kepada Tuhannya baik di masa sekarang mahupun di masa akan datang.



Faqir ilallah

Ibnu Sabil al-Qedahi khadim al-Ghaniy

Tuesday, May 13, 2008

Membina Generasi Dakwah Dan Jihad

SEPULUH WASIAT IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA



Ø Bersegeralah menunaikan solat ketika mendengar azan,walau dalam keadaan bagaimana pun!

Ø Bacalah al-Quran,lakukan pengkajian,dan dengarkanlah hal-hal yang bermanfaat tentangnya,atau berzikirlah kepada Allah.Jangan gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berguna!

Ø Berusahalah sekuat tenaga untuk berbicara dengan bahasa arab yang fasih,sebab ia merupakan syiar islam!

Ø Jangan selalu berdebat dalam sebarang urusan kerana ianya tidak mendatangkan kebaikan.

Ø Jangan banyak ketawa,sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu harus sentiasa tenag dan berwibawa!

Ø Jangan banyak bergurau,sebab umat yang berjuang tidak melakukannya kecuali sentiasa serius!

Ø Jangan berbicara terlalu kuat,kasarmelebehi keperluan pendengar,dan menyakitkan pendengaran!

Ø Jangan mengumpat orang lain,jangan menghina pertubuhan Islam,dan jangan membicarakannya kecuali yang baik-baik!

Ø Perkenalkan dirimu pada saudara yang engkau temui,walau ia tidak memintanya,sebab asas dakwah kita adalah kecintaan dan saling mengenal!

Ø Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu.Maka, bantulah orang lain supaya dapat memanfaatkan waktunya.Apabila engkau memiliki suatu keperluan,cubalah ringkaskan keperluan itu.



Di petik dari kitab Risalatut Ta’lim Wal Usar




Faqir ilallah

Ibnu Sabil al-Qedahi khadim al-Ghaniy

Sunday, May 11, 2008

Menghabiskan umur dengan keduniaan menimbulkan penyesalan

Wahai orang yang sibuk dengan dunia,tinggalkan dunia,dan jangan pedulikannya.


Utamakan mengabdi kepada tuhan mu,nikmatilah sembahyang dan ibadat lainya.


Jika kamu melangkah dalam sesat,bacalah al-Quran,petunjuk akan kamu dapat.


Jika kamu bosan membaca al-Quran,beralihlah kepada zikir,dengan hati dan lidah mu.


Kemudian zikirlah dalam hatimu agar kamu dekat kepada-Nya,usah kamu banyak bicarakan dirimu.


Banyak bercakap membuat keras hati dan banyak lupa.




faqir ilallah
Ibnu Sabil al-Qedahi khadim al-Ghaniy

kalam yang indah dari imam syafi'e

"saya tidak berbahas dengan seseorang,sedangkan saya menghendaki dia itu salah.setiap ilmu yang ada di dada ku maka aku sangat berkinginan untuk mengajarkannya setiap orang dan aku tidak mahu ilmu itu di nisbahkan kepada ku."

"Apabila anda menemui dalam kitab-kitab ku tulisan yang menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W,maka ambillah yang sesuai dengan sunnah Rasul dan tinggalkan apa yang saya katakan."

"Tidak ada suatu pun amalan yang palin mendekatkan diri mu kepada Allah selepas solat fardhu yang lebih afdhal selain dari menuntut ilmu."

"Barangsiapa tidak menyenangi ilmu bererti tidak akan ada kebaikan pada dirinya.Oleh itu,jangan sampai ada antara anda dan dia saling kenal-mengenal dan menjadi teman."

"Bertemankan seseorang yang tidak rasa malu,akan memalukannya di hari kiamat kelak."



faqir ilallah
Ibnu Sabil al-Qedahi khadim Al-Ghaniy