Monday, March 3, 2008

Jangan Bersedih Wahai Manusia

Renungan.... Wahai manusia sekalian wahai orang2 yg bosan dgn kehidupan. tidak ghairah dengan hidup ini.yg hari2 sempit,jalan nafasnya tersumbat....disana ade kemenangan yg nyata,pertolongan yg semankin dekat,jalan keluar dari kesempitan,dan kemudahan setelah kesulitan.Disekitar anda ada hal2 kecil yang tersembunyi. Ada cita2 yg indah,ade masa depan yg menjanjikan,dan ada janji yg pasti. (Sebagai) janji yang sebenar2nya dari Allah .Allah tidak akan menyalahi janjiNya.....(AR-RUM;6) Sesungguhnya kesempitan yg anda rasakan akan ada jalan keluar- nya.Dalam musibah yang anda hadapi ada perkara yang akan men- yelamatkan anda dari musibah itu sendiri.Jestru,dalam hal2 yang tidak anda sukai itu ada kenikmatan dan kebaikan. .......segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami......(Fathir:34) Wahai umat manusia,sudah saatnya anda menggantikan keraguan dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidak lurusan fikiran dengan hidayah.dan ketidaklurusan jalan dengan petunjuk.Menyingkap kegelapan dengan fajar shadiq, mengganti harapan pahit dengan keredaan manis.dan cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi segala kebohongan. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara lembut.... (Al-A'raf:55) Dikisahkan Al-Ala bin Al-Hadhrami tersesat dengan para sahabat di- tengah padang pasir.Bekalan air telah habis dan hampir mati kehausan. Kemudian beliau menyeru kepada Tuhannya dan Tuhannya dan Tuhan Yang Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa:" Wahai Dzat Yang Maha Bijaksana ,dan Yang Maha Tabah......." dan tiba2 turunlah hujan.Mereka pun minum,berwudhu',mandi dan memberi minum pada haiwan tunggan- gan mereka. Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmatNya.Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.(Asy-Syu'ara:2 Renungan: Mencintai Allah, bermakrifat kepadaNya,selalu berzikir kepadaNya, menenangkan hati di sisiNya,takut,berharap dan tawakkal hanya kpdNya, dengan keyakinan bahawa Dialah Yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba,adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain.Dan itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah.

No comments: