ZIKRUL MAUT
Zikrul maut atau ingat akan mati adalah merupakan suatu sifat yang terpuji,kerana ianya akan dapat mendorong seseorang untuk berbuat amal kebajikan sebanyak-banyaknya,baik merupakan ibadah mahupun mu’malah.Bagi seseorang yang selalu mengingati mati,ia akan sentiasa ingat dengan firman Allah yang mengatakan; terangkanlah kepada mereka tentang maut yang selalu mereka berusaha untuk menyingkirkannya,akan tetapi maut itu tetap akan datang mendapatinya.Ia juga ingat akan sabda Rasulullah yang mengatakan; perbanyaklah engkau mengingati mati,yang akan memutuskan kamu dari kesenangan dunia.Tiap orang yang teringat akan mati,akan diperluas nikmat hidupnya,sebaliknya orang yang tidak teringat akan mati,akan dipersempit nikmat hidupnya.
Pada suatu hari Siti Aishah bertanya kepada Rasulullah:”Apakah ada orang lain dikumpulkan bersama dengan para Syuhada’ pada hari kiamat?” Rasulullah menjawab:”Ada,iaitu mereka yang selalu mengingati mati setiap malam sebanyak dua puluh kali.”
Rasulullah S.A.W menganggap bahawa cukuplah kematian itu menjadi pengajaran bagi manusia dan berkata:”Aku tinggalkan kepadamu dua nasihat,yang satu secara diam dan yang satu lagi berbicara.Juru nasihat yang diam ialah maut,dan juru nasihat yang berbicara itu adalah al-Quran.”Bagi orang yang bijaksana kematian ituakan mendorongnya untuk meninggalkan dunia dan menambah tertarik hatinya kepada akhirat.
Imam Ghazali mengatakan,bahawa orang arif yang sempurna,yang selalu ingat kepada Tuhannya,tidak perlu lagi ia mengingati mati kerana ia sudah fana dalam tauhid,yang tidak dapat melupakan ia kepada Tuhannya baik di masa sekarang mahupun di masa akan datang.
Faqir ilallah
Ibnu Sabil al-Qedahi khadim al-Ghaniy
Wednesday, May 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment